Saturday, March 13, 2010

Talam Dua Muka

Kalau tengok tajuk blog pun dah tau apa aku nak cerita kan... Baik la anak2, mari belajar Bahasa Melayu.

Talam Dua Muka membawa maksud:
1. Orang yang berbuat baik kepada dua pihak yang bermusuh
2. Berbuat baik di hadapan orang sedangkan di belakang mengumpat atau maki hamun

Hari ini saya akan ajar macam mana nak bina ayat dengan peribahasa pilihan hari ini...

contoh 1: Si polan ni memang talam dua muka. Depan orang bukan main mesra tapi dekat belakang orang mengata.

contoh 2: Aku talam dua muka sebab aku suka berlakon baik depan orang padahal aku kutuk habis-habisan.

contoh 3: Aku terpaksa jadi talam dua muka sebab hendak ambil kesempatan dekat orang lain.

Dengan contoh2 bernas seperti di atas, anda telah pun berjaya menguasai pemahaman tentang maksud Talam Dua Muka.

Sebenarnya, peribahasa Talam Dua Muka ni dah ketinggalan zaman... Outdated... Sekarang ni sepatutnya, Talam Macam2 Muka atau Talam Multiple Muka...

p/s: Sedapnya kuih talam...

10 comments:

  1. eh... mane ade... hari ni saje nk ajar simpulan bahasa... haha!

    ReplyDelete
  2. ele ele..nak jadi talam la plak

    ReplyDelete
  3. hey... x bek taw tuduh2... benci...

    ReplyDelete
  4. cik choi... x bleh citer kat sini la... bahaya doh... hahaha

    ReplyDelete
  5. huhu ni kalau si talam dua muka baca ni best jugak kan?

    ReplyDelete
  6. manusia mmg mcm tuh.... paluii sbnrnya org talam dua muka nii

    ReplyDelete
  7. manusia mmg mcm tuh.... paluii sbnrnya org talam dua muka nii

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...